Berita Semasa

Ketua jurulatih, Aidil Zafuan antara yang tinggalkan JDT musim depan

KUALA LUMPUR – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan ketua jurulatihnya, Esteban Solari akan meninggalkan kelab tersebut pada musim hadapan.

Menurutnya dalam satu kenyataan, turut meninggalkan pasukan itu adalah beberapa pemain senior termasuk Aidil Zafuan Abd Radzak.

“Antara yang meninggalkan kelab termasuk ketua jurulatih, Solari, Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero dari barisan kejurulatihan.

“Pemain seperti Aidil Zafuan, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan kelab selepas lama berkhidmat untuk kelab,” katanya.

Katanya, Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid pula akan dipinjamkan ke kelab lain.

Menurut kelab itu, langkah itu diambil sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan kelab.

“Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30 hingga 40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab.

“Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button