PM X

PM luluskan RM25 juta bagi atasi masalah penempatan pelajar UPSI

TANJUNG MALIM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta bagi menyelesaikan masalah penempatan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan itu bagi adalah menambah kapasiti pelajar di kolej sedia ada universiti berkenaan.

“Sekarang ni kediaman kolej penempatan yang ada hanya boleh menampung 7,804 tempat. 36 peratus pelajar daripada 21,794 orang.

“Ini kadar terendah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berbanding Universiti Awam (UA) lain yang ada sekitar 60 peratus. Jadi bila saya dapat maklumat ini saya kena ambil langkah segera.

“Kita nak tambah kapasiti kolej kediaman melibatkan 18 blok kolej dan peruntukannya saya luluskan RM25 juta.” katanya dalam sesi Dialog Mahasiswa, Temu Anwar di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Dalam pada itu, peruntukan sebanyak RM250,000 turut diberikan kepada Yayasan Pembangunan Buku Negara, umum Anwar dalam ucapanya sebelum merasmikan Majlis Anugerah Buku Negara.

Dalam majlis tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Muda Cemerlang Dalam Memartabatkan Pembangunan Buku Negara.

Show More

Related Articles

Back to top button