Luar Negara

‘Perang hanya akan berakhir apabila Hamas dihapuskan’ – Netanyahu

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi kata dua kepada pejuang Hamas sama ada menyerah diri atau mati.

Netanyahu yang membuat pengumuman itu ketika muncul di televisyen negara itu semalam turut mengulangi pendiriannya bahawa perang akan berakhir hanya apabila Hamas dihapuskan.

Kesombongan Netanyahu itu akhirnya menutup spekulasi bahawa satu lagi gencatan senjata akan berjaya dipersetujui.

“Kami (akan) meneruskan peperangan hingga tamat. Ia akan berterusan sehingga Hamas dihapuskan – sehingga menang. Sesiapa yang berfikir bahawa kita akan berhenti adalah khayalan.

“Kami tidak akan berhenti berjuang sehingga semua matlamat yang telah kami tetapkan tercapai; penghapusan Hamas, pembebasan tebusan kami dan penyingkiran ancaman dari Gaza.

“Kami menyerang Hamas dengan api yang ganas, di mana-mana, termasuk hari ini, kami juga menyerang rakan sekutu mereka dekat dan jauh. Semua pengganas Hamas, dari yang pertama hingga yang terakhir, tak ada pilihan. Mereka hanya mempunyai dua pilihan; menyerah atau mati,” katanya.

Israel ketika ini berdepan tekanan yang semakin meningkat daripada sekutu antarabangsanya untuk mengekang serangan ketenteraan di Gaza.

Serangan bertubi-tubi itu yang telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pinggir pantai yang padat penduduk sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan dan penculikan Hamas pada 7 Oktober.

Show More

Related Articles

Back to top button