Berita Semasa

Covid-19: Wajib pakai pelitup muka jika berurusan di kaunter imigresen di Kedah

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah mewajibkan semua pegawai dan pelanggan yang berurusan di mana-mana kaunter jabatan di negeri tersebut untuk memakai pelitup muka berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menerusi hantaran dalam bentuk poster di Facebook, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah memaklumkan peraturan itu sudah berkuat kuasa pada 14 Disember lalu.

“Wajib pakai. Makluman penggunaan pelitup muka semasa berada di tempat kerja. Pemakaian pelitup muka ini diwajibkan kepada semua pegawai tanpa sebarang pengecualian. Berkuat kuasa serta merta, mulai 14 Disember 2024.

“Kepada semua pegawai dan pelanggan yang ingin berurusan di kaunter atau pejabat Imigresen. Sila memakai penutup muka ketika berurusan untuk mengelakkan kes Covid-19 yang semakin meningkat,” kata notis tersebut.

Jumlah kes aktif Covid-19 bagi tempoh 10 hingga 16 Disember adalah 28,375 di seluruh negara dengan Kedah pada kedudukan keempat membabitkan 1,048 kes, di belakang Melaka (1,589), Kuala Lumpur (3,357) dan Selangor (6,449).

Show More

Related Articles

Back to top button