Berita SemasaSukan

Kejuaraan Motocross Malaysia 2023 labuh tirai

JOHOR BAHRU – Setelah empat pusingan berlangsung, Kejuaraan Motocross Malaysia (MMC) 2023 yang memasuki pusingan terakhir semalam, akhirnya melabuhkan tirainya di Litar Motorcross Medini di sini.

Menurut Naib Presiden MMC, Hazlanshah Mohd Noor, penganjuran MMC yang kini telah memasuki tahun kedua, menerima sambutan yang menggalakkan daripada peserta tempatan dan luar negara.

“Ini merupakan tahun kedua penganjuran MMC dan pusingan terakhir diadakan di Johor. Bagi pusingan pertama di Pulau Pinang, pusingan kedua di Kuala Selangor dan pusingan ketiga di Pahang,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Naib Presiden MMC, Hazlanshah Mohd Noor.

Katanya, bagi edisi kali ini, sebanyak tiga kategori baharu yang diperkenalkan itu adalah 50cc, 65cc rookie dan MX125cc sebagai tambahan kepada tiga kategori utama MX50, MX65 dan MX85.

Lebih menarik lagi, satu kategori baharu turut diperkenalkan iaitu kategori jemputan (invitation), yang membolehkan pelumba dari luar negara berlumba bersama pelumba tempatan.

Katanya, kategori tersebut mungkin akan dikekalkan bagi MMC 2024 susulan sambutan yang diterima pada edisi kali ini lebih menggalakkan berbanding tahun lalu.

“Kita ada buka satu kategori baharu iaitu kategori jemputan yang mana kita jemput pelumba dari luar negara dan kali ini ada empat pelumba dari Indonesia dan Thailand yang akan berlumba dengan pelumba tempatan,” jelasnya.

Sementara itu, rata-rata peserta dan pengurus pasukan yang ditemui berpuas hati dengan pengangjuran MMC pada tahun ini, termasuk Pengurus Pasukan DayzaMx Amsoil Racing Team, Fazril Ahmad Zabidi.

“Alhamdulillah pengangjuran yang sangat baik saya dengan trek yang bagus serta para pelumba yang mantap berlumba untuk peroleh kemenangan dalam MMC.

“Kita berjaya capai sasaran sebab kita sasarkan untuk juara keseluruhan kategori 50cc dan pelumba kami berjaya untuk menang bagi juara keseluruhan 50cc,” kata Fazril.

Dalam pada itu, Khairol Izqi Akmal iaitu pemenang bagi kategori MX50cc yang baru berusia sembilan tahun berasa gembira selepas memenangi perlumbaan bagi kategori tersebut pada pusingan akhir semalam.

Pemenang bagi kategori MX50cc, Khairol Izqi Akmal.

“Alhamdulillah terima kasih daddy (ayah) terima kasih coach (jurulatih).

“Dah main motor sejak umur lima tahun. Selalu training (berlatih) dekat Ayer Hitam dengan coach (jurulatih),” katanya ketika ditemui semalam.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang hadiah berupa trofi serta wang tunai sebanyak RM1,500 bagi setiap pusingan dan RM5,000 bagi juara keseluruhan.

Show More

Related Articles

Back to top button