Berita Semasa

Jakim tidak halang premis miliki sijil halal tulis sebarang ucapan perayaan pada produk

CYBERJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak menghalang mana-mana premis perniagaan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada menulis sebarang ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.

Menurut Jakim dalam satu kenyataan hari ini, isu tersebut sudah dijawab pada 25 Disember 2020 dan 1 November 2023.

“Sekali lagi kami ingin memaklumkan bahawa tiada halangan bagi premis (yang memiliki) SPHM untuk menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.

“Kepada semua pemegang SPHM dinasihatkan untuk merujuk kepada Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pensijilan halal Malaysia,” kata kenyataan itu.

Pada 14 Disember lalu, tular di media sosial berkenaan isu larangan ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek berikutan memorandum daripada sebuah syarikat bakeri.

Menurut Pengurus Operasinya, premis terbabit hanya mengikut dan mematuhi keperluan pensijilan halal oleh Jakim.

Show More

Related Articles

Back to top button