Berita SemasaPM X

Tiada tempoh ‘bulan madu’ – PM Anwar

PUTRAJAYA – Semua anggota Kabinet diingatkan bahawa tiada tempoh ‘berbulan madu’ untuk mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua anggota Kabinet dituntut untuk menyelesaikan masalah rakyat, menoktahkan kemiskinan tegar, menguasai bidang-bidang penting, memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin kemakmuran negara.

“Dalam mesyuarat Kabinet (hari ini), saya tekankan tentang bidang tugas baharu setiap kementerian masing-masing,” kata Perdana Menteri dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Kata Anwar lagi, tumpuan dan keutamaan kini mesti lebih terarah dan pantas dalam usaha menterjemah cita serta nurani rakyat.

“Mesyuarat juga mengutuskan penghargaan buat mantan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar atas sumbangan yang telah diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau turut mengalu-alukan kebersamaan ahli-ahli Jemaah Menteri yang baharu iaitu Menteri Kewangan II; Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Perladangan dan Komoditi; Datuk Seri Johari Ghani, Menteri Kesihatan; Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Digital; Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia; Steven Sim pada mesyuarat pertama kabinet baharu Jemaah Menteri.

Show More

Related Articles

Back to top button