Berita Semasa

Sultan Johor mahu projek HSR KL-Singapura dihidupkan

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) yang dibatalkan dua tahun lalu, dilaksanakan semula.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda akan berusaha menghidupkannya semula dan mempunyai beberapa idea berhubung cara untuk mengembalikan projek itu ke landasan yang betul.

“Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar kontraktor untuk mengendalikan projek menerusi kaedah pajakan 30 tahun supaya kontraktor boleh mendapatkan balik modal dikeluarkan, sebelum kerajaan mengambil alih semula pemilikan HSR.

“Projek HSR antara KL-Singapura juga perlu diselaraskan supaya lintasan sempadan melalui Forest City, pembangunan hartanah bermasalah di Johor.

“Jika kekal dengan cadangan pertama, kosnya tidak akan meningkat begitu banyak, namun kerana (projek HSR) on-off-on-off, hari ini ia (kos) akan lebih banyak,” titah baginda dalam satu wawancara baginda bersama The Straits Times Singapura.

Anggaran kos awal projek berkenaan ketika diumumkan pada 2013 adalah sebanyak RM72 bilion, namun kini dianggarkan bernilai melebihi RM100 bilion.

Pada 8 Mac lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata Malaysia mengambil sikap terbuka terhadap sebarang cadangan untuk mengembalikan pelaksanaan projek HSR KL-Singapura, selagi ia tidak melibatkan pembiayaan oleh kerajaan.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pihak swasta yang berhasrat meneruskan projek mega itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button