Berita Semasa

Perhilitan kesan buaya di Serendah

Perangkap sudah dipasang

CYBERJAYA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan pihaknya sudah memasang perangkap buaya di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor.

Pengarah Perhilitan negeri Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, perangkap itu dipasang sejak awal bulan ini setelah pihaknya berjaya mengesan kehadiran reptilia itu di tasik berkenaan.

“Kami menerima aduan awam berhubung kehadiran buaya di tasik ini yang berhampiran dengan kawasan penempatan dan popular untuk pemancing.

“Hasil pemerhatian secara langsung mengesahkan kehadiran buaya itu yang dianggarkan sepanjang lima ke enam kaki (1.5 ke 1.8 meter),” katanya kepada BH Online, hari ini.

Menurut Wan Mohd Adib, pemasangan perangkap bertujuan menjamin keselamatan awam selain bagi memindahkan buaya berkenaan ke habitat lain.

“Orang awam terutamanya pemancing diminta berwaspada semasa melakukan aktiviti. Perhilitan akan terus memantau tasik tersebut sehingga buaya itu ditangkap demi keselamatan awam,” katanya lagi

Show More

Related Articles

Back to top button