Berita SemasaPM X

Rakyat perlu ubah persepsi ada menteri tidak berfungsi – PM Anwar

BUKIT JALIL – Rakyat perlu merubah persepsi bahawa barisan jemaah menteri kurang berfungsi dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua kementerian memainkan peranan namun tidak diuar-uarkan.

“Rakyat boleh menilai tapi perlu adil.

“Semua kementerian ada peranan (dimainkan), dan  kita tidak akan dapat catat sebarang kejayaan tanpa pasukan yang mantap dengan kepimpinan yang komited,” kata Anwar, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam majlis dialog sempena Majlis Penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Oleh sebab itu, kata Anwar, program sebegini diadakan khusus bagi rakyat melihat pencapaian Kerajaan Perpaduan dalam setahun ini dan menilai sendiri sumbangannya kepada pembangunan rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button