Berita Semasa

Program tukar al-Quran terima sambutan baik

BUKIT JALIL – Program pertukaran naskhah al-Quran yang tidak diperakukan perlu diperluaskan bagi memastikan naskhah yang asli berada dalam tamgan rakyat Malaysia.

Demikian pendapat Farizal Ahmad dari Kajang yang hadir menukar naskhah milik keluarganya pada program Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

“Bagi saya, program sebegini perlu diperbanyakkan kerana ia memberi manfaat besar kepada semua,” kata Farizal.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, setakat tengah hari tadi, sebanyak 600 naskhah al-Quran yang diperakukan kementerian telah diedarkan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai untuk menyemak dan memastikan al-Quran yang hendak dibeli mempunyai pelekat hologram bagi mengelak daripada membeli naskhah yang tidak diperakukan dan mungkin mengandungi kesalahan.

“Penjual, pengedar dan pengimport pula perlu memastikan al-Quran yang hendak dijual diperakukan KDN. Insya-Allah, kita boleh mencapai sasaran sifar Al-Quran yang tidak diperakukan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button