Berita Semasa

TVET : Pembelajaran dalam kelas tidak boleh lebih 30 peratus

KUALA LUMPUR – Pembelajaran dalam kelas bagi institusi pendidikan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini wajar dihadkan pada kadar 30 peratus sahaja bagi memenuhi kemahiran yang diperlukan industri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bidang guna tenaga dalam industri pada ketika ini memerlukan satu transformasi dalam sistem pendidikan TVET untuk menghasilkan pelajar yang kompeten dan profesional.

Justeru katanya, tumpuan terhadap kaedah pembelajaran yang bersifat (amali) on job training perlu ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 70 peratus.

“Saya sarankan supaya pendidikan TVET diberikan anjakan dengan tumpuan pembelajaran dalam kelas berada pada tahap 30 peratus manakala 70 peratus lagi pada pembelajaran di bengkel dan makmal.

“Maka ini akan dapat memberikan pendedahan baharu kepada pelajar atau peserta TVET.

“Ini adalah satu pendekatan untuk menentukan agar pasaran lulusan TVET akan lebih diterima oleh pasaran guna tenaga terutama oleh syarikat swasta, GLC dan syarikat perusahaan antarabangsa ,” katanya pada Majlis Pelancaran MyNext di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Turut berlangsung pada majlis itu pertukaran Dokumen Memorandum (MoC) TVET antara Kerajaan Malaysia bersama 10 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.

Pelancaran MyNext diaadakan bersempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang menyediakan pelbagai program menarik berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari bermula hari ini.

Ahmad Zahid berkata, proses transformasi TVET yang kini berada pada tahap terakhir untuk diluluskan oleh Kabinet diharap menjadi platform untuk merealisasikan pelaburan asing yang dibawa masuk oleh Per dana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bidang guna tenaga memerlukan kemahiran tinggi . Justeru ia juga menjadi tanggungjawab TalentCorp untuk menyediakan kemahiran dan tenaga profesional,” katanya.

Ahmad Zahid juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mengambil langkah proaktif yang mewujudkan memorandum kerjasama itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button