Berita Semasa

Pelajar sekolah tingkatan 2 dilapor hilang

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun disyaki hilang, sejak tengah hari semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, remaja itu dikenali sebagai Muhammad Daniel Akmal Zulkhair yang kali terakhir dilihat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, jam 12.30 tengah hari.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke Balai Polis berhampiran ataupun menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu tular satu hantaran menerusi akaun Facebook Hairie Haron yang meminta bantuan orang ramai mencari remaja lelaki itu.

“Mohon hubungi ibu/bapa beliau di nombor 011-55884496 /  011-12265110 / 019-9774496 dan balai polis berhampiran
Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat atau mengetahui dimana beliau berada.

“Kerjasama anda sangat kami hargai. Terima kasih,” tulisnya.

Show More

Related Articles

Back to top button