Berita Semasa

Polis akan rakam keterangan ibu bapa Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, susulan kematian kanak-kanak autisme itu selepas dilaporkan hilang.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, polis juga akan mengambil keterangan jiran dan saksi dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Jelasnya, buat masa ini, polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak berumur enam tahun itu sebagai mati mengejut (SDR).

“Proses bedah siasat dijadual dijalankan di Hospital Sungai Buloh (HSB) bermula jam 9.30 pagi ini.

“Bagi siasatan lanjut, kita akan merakam keterangan saksi kejadian, keluarga dan jiran,” katanya memetik laporan BH Online.

Selepas dilaporkan hilang tengah hari kelmarin di Damansara Damai, di sini, Zayn Rayyan ditemui maut dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira jam 10 malam tadi.

Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai oleh kumpulan penduduk yang turut membantu operasi mencari mangsa.

Show More

Related Articles

Back to top button