Berita Semasa

Pasukan penyelamat temukan jenazah Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Suasana duka menyelubungi kawasan pencarian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang hilang semalam, apabila jenazahnya ditemukan pada kira-kira pukul 10 malam tadi.

Berdasarkan maklumat saksi, jenazah Zayn Rayyan ditemukan berhampiran anak sungai berdekatan Apartment Idaman di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid yang mengesahkan penemuan itu berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan sungai, berjarak kira-kira 100 meter dari kawasan rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Penemuan kanak-kanak berkenaan sejurus Op Tutup rumah ke rumah yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bermula 9 malam.

Menerusi operasi itu, 40 anggota polis bersama 60 penduduk setempat bekerjasama mencari di setiap 2,484 unit kediaman di 18 blok Apartmen Idaman.

Bermula semalam, pencarian turut dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) yang membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran sekitar 300 meter radius.

Show More

Related Articles

Back to top button