Berita SemasaPM X

Rombakan kabinet hanya perlu bila prestasi menteri meleset, keadaan memerlukan

PUTRAJAYA – Rombakan kabinet hanya perlu dilaksanakan apabila prestasi menteri yang ada meleset ataupun terdapat keadaan-keadaan lain yang menuntut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang rombakan jika dilaksanakan, akan dibuat berdasarkan kekuatan parti-parti dalam gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Penyertaan itu harus setimpal dengan kekuatan parti masing-masing. Semua itu mesti diambil kira jadi saya fikir tidak lama lagi,” kata Anwar.

“Sebelum ini saya bagi tahu pada seorang anak kecil yang bagi nasihat di depan masjid itu, Akmal tak silap saya sebelum akhir tahun. Dan saya setuju,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian dalam Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di TV3, malam tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang penilaian kerana Kerajaan Perpaduan hanya baharu setahun mentadbir negara.

“Tetapi saya tidak fikir setelah satu tahun saya perlu buat penilaian yang adil.

“Orang perintah 10 tahun, 3 tahun. Jadi perintah setahun itu terlalu awal,” kata Anwar sambil menjelaskan bahawa menteri-menteri perlu diberi peluang memperbaiki prestasi dan Perdana Menteri juga tidak terkecuali.

Justeru, perlu ada sedikit penyesuaian berdasarkan pengalaman selama setahun dan ia akan dilakukan.

Beliau kemudiannya menambah, pasukan kabinet ketika ini nyata lebih baik dari dahulu, namun masih ada ruang untuk dibaiki.

Show More

Related Articles

Back to top button