Berita Semasa

Totalife sasar jualan RM40 juta tahun depan

KUALA LUMPUR – Totalife (M) Sdn. Bhd., pengeluar produk kesihatan berjenama Totalife menjangkakan pencapaian yang lebih baik pada 2024 dengan sasaran jualan sebanyak RM40 juta, demikian kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew.

Menurut Danny Chew, sasaran tersebut dibuat berdasarkan pencapaian yang memberangsangkan pada tahun ini dengan jualan melebihi RM20 juta dengan Sabah dan Sarawak menjadi penyumbang utama.

“Semestinya ini adalah satu pencapaian yang bagus lebih-lebih di kawasan timur Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak.

“Dulu kita tidak aktif di sana (Sabah dan Sarawak) kerana kita aktif di semenanjung. Bermula Januari tahun ini (2023) mula masuk ke Sabah dan Sarawak dan ada buka gudang dan pejabat di sana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pengenalan Produk Baru dan Makan Malam Totalife yang turut dihadiri lebih 1,000 orang tetamu terdiri daripada pengedar di seluruh negara.

Majlis Pengenalan Produk Baru dan Makan Malam Totalife yang diadakan di Setia City Convention Centre baru-baru ini.

Dalam pada itu, Danny Chew berkata, pihaknya juga telah menambah baik produk langsing sedia ada, iaitu 7Days+ bagi memberikan kesan yang lebih optimum.

“Enzim dalam badan berfungsi untuk penghadaman tapi enzim ini (yang dihasilkan daripada produk baharu) bukan sahaja boleh bantu penghadaman tapi boleh pecahkan lemak dalam badan. Lagi banyak enzim lagi banyak lemak boleh dikurangkan.

Lebih menarik lagi, Totalife juga sudah melancarkan produk baharunya di pasaran iaitu ‘7Days Curve’ yang memiliki ciri-ciri pe­ngawalan pemakanan tersendiri berbanding produk lain di luar sana.

“Dia bagi awak untuk kawal pemakanan awak tapi dia bukan kawal dengan cara awak tengok makanan tetapi tiada selera untuk makan.

“Dia macam bila awak makan benda ini awak akan rasa cepat kenyang. Contoh Bila awak makan daripada 100 peratus mungkin awak hanya akan makan 30 peratus hingga 40 peratus sahaja bila awak ambil produk ini. Ia juga mengandungi bahan pembakar lemak (fat burner) dan ada ubat genetic obesity,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, buat masa ini, Totalife mempunyai hampir 5,000 pengedar aktif di seluruh negara iaitu pertambahan sebanyak 50 peratus berbanding tahun lalu.

“Kita punya objektif adalah bagi membantu orang ramai untuk mengurangkan berat badan bukan kurus sebab kurus itu tidak sihat. Jadi apa yang kita mahu adalah untuk kamu slim (dapat bentuk tubuh badan ideal) dan dapat meningkatkan pertumbuhan otot,” katanya.

Tambah Danny Chew, Totalife juga dalam perancangan untuk mengembangkan pasaran produk mereka ke pasaran Jepun dan Hong Kong selepas berjaya memasarkannya di Singapura, Taiwan dan Indonesia yang menyumbang kepada 40 peratus daripada jualan eksport.

“Tahun depan mahu luaskan pasaran di Hong Kong dan Jepun kerana dua negara ini tidak besar. Biasanya, kalau mahu sesuatu produk itu berkembang dengan lebih cepat jangan cari negara-negara besar seperti Amerika Syarikat.

“Cari negara kecil macam Taiwan Jepun dia kecil jadi bila produk itu dapat disembahkan dari mulut ke mulut dengan lebih cepat jadi pasaran naik cepat macam Sabah Sarawak setahun boleh dapat RM10 juta,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button