Berita Semasa

Kanak-kanak perempuan 6 tahun maut dipercayai didera

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera ketika dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Azizah, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cherasm Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ayahnya di bilik tidur rumah flat di Bandar Tun Razak, Cheras.

Menurut Pegawai Perubatan Hospital Tunku Azizah, mangsa dibawa ke untuk mendapat rawatan pada pukul 3.40 petang dan meninggal dunia pada hari yang sama.

“Siasatan awal pada badan mangsa mempercayai terdapat unsur penderaan serta pengabaian oleh penjaga.

“Mangsa dikatakan berada di dalam bilik ketika bapanya keluar membeli makanan pada 11.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Zam Halim berkata, bapa mangsa mendakwa telah menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika pulang ke rumah pada 2.30 petang.

“Setakat ini, belum ada tangkapan, kita sudah merakam percakapan bapa mangsa bagi membantu siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button