Berita Semasa

‘Janganlah buat spekulasi yang macam-macam’ – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa beliau akan meletakkan jawatan.

Beliau berkata, dakwaan itu timbul akibat status kesihatan beliau di mana baru-baru ini, beliau bercuti kerana menjalani prosedur pembedahan prostat.

“Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil.

“Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan beliau yang juga Presiden UMNO akan meletakkan jawatan kerana menghadapi masalah kesihatan.

Ahmad Zahid berkata, beliau kembali sihat dan kembali bekerja selepas selesai menjalani prosedur berkenaan.

“Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan,” katanya.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid kembali bertugas dengan menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Show More

Related Articles

Back to top button