Berita SemasaSukan

Piala Liga Coop Selangor: SKM Selangor mula langkah kiri

SHAH ALAM – Perlawanan minggu pertama Piala Liga Coop Selangor yang membuka tirainya malam semalam berlangsung meriah dengan tujuh pasukan akan berentap bagi mendapatkan slot ke pentas final pada 22 November ini.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Selangor (SKM Selangor) memulakan kempen dengan langkah kiri dengan tewas kepada FAS Staff menerusi sepakan penaliti (3-1) selepas terikat (1-1).

Turut menimpa nasib yang sama, pasukan Kohijrah tewas kepada Koop Sahabat AIM dengan skor (4-3), di samping perlawanan sengit membabitkan Kowarna menentang Koperasi Dinamik Kemas berkesudahan dengan jaringan (5-4) yang memihak kepada Koperasi Dinamik Kemas.

Menurut Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Selangor, Mohd Izwan Khairuddin, sambutan yang diterima pada perlawanan pembukaan malam semalam adalah sangat memberangsangkan.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Selangor, Mohd Izwan Khairuddin.

Kata beliau, penganjuran Piala Liga Coop Selangor ini merupakan antara usaha dalam menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi merancakkan industri sukan bola sepak di negara ini menerusi liga amatur.

“Ini merupakan salah satu usaha kita dalam menyahut seruan dan saranan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mana dalam Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini kita akan menyokong dengan merancakkan lagi sukan bola sepak di negara ini.

Mengulas lanjut, Izwan yang juga mewakili pasukan SKM Selangor turut mengharapkan kerjasama yang lebih padu khususnya daripada KBS menerusi dana-dana yang boleh disalurkan bagi meningkatkan mutu liga amatur tersebut.

“Bagi mengimarahkan sukan bola sepak ini dalam kalangan masyarakat, saya menyeru supaya kalau pihak KBS mempunyai dana khas khususnya membabitkan liga amatur macam hari ini kita dapat kumpulkan tujuh pasukan iaitu satu kumpulan yang agak besar,” ujarnya lagi.

Sebagai rekod, kejohanan yang pertama kali dianjurkan itu turut mendapat kerjasama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan sokongan daripada KBS.

Show More

Related Articles

Back to top button