Jenayah & Mahkamah

Acu pisau, remaja didakwa esok

SUNGAI PETANI – Remaja lelaki berusia 13 tahun yang mengacukan pisau kepada pemandu kenderaan e-hailing di tepi jalan Taman Keladi pada Isnin lalu, dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, esok.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, arahan pertuduhan terhadap remaja itu dikeluarkan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, remaja lelaki yang menaiki perkhidmatan e-hailing itu dikatakan cuba mengacu pisau di dada kiri pemandu berusia 65 tahun itu selepas tidak tahan dimaki ketika mengambil semula wang tambang.

Bagaimanapun, pemandu e-hailing itu sempat merampas pisau dan menggigit tangan remaja terbabit untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.

Namun, remaja itu berjaya ditahan polis jam 10 malam susulan laporan dibuat warga emas itu pada jam 8 malam, hari kejadian.

Show More

Related Articles

Back to top button