Jenayah & Mahkamah

Wahab dakwa Agus lakukan gangguan seksual

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff disiasat atas gangguan seksual yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia susulan laporan diterima pihaknya oleh pengadu iaitu Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abd Kader Jilani, 33.

“Berdasarkan laporan itu, Abdul Wahab mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel.

“Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, Abdul Wahab tampil membuat laporan bagi melindungi diri selain menafikan terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap suspek.

Semalam, media melaporkan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir hadir ke IPD Kajang bagi membuat laporan polis selain mendakwa tindakannya itu bagi membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah.

Show More

Related Articles

Back to top button