PM X

PM beri bayangan rombak Kabinet sebelum 2024

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan berkemungkinan akan dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.

Perkara tersebut disahkan Anwar ketika menyantuni seorang kanak-kanak berusia 12 tahun selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika mendekati pengamal media, bertanyakan kepada kanak-kanak itu mengenai soalan apa yang mahu ditanyakannya.

Kanak-kanak terbabit, Akmal Afif Yaser Arafat, kemudiannya mengajukan soalan yang diutarakan pengamal media berhubung rombakan Kabinet kepada Perdana Menteri.

“Dia jawab sebelum 2024. Saya setuju,” katanya kepada kanak-kanak tersebut.

Terdahulu, Akmal Afif, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Presint 8 (2) bersama lapan rakannya menantikan Anwar untuk mendapatkan tandatangan daripada Perdana Menteri.

Show More

Related Articles

Back to top button