Berita Semasa

‘Tiada keperluan dedahkan identiti Mr. H’ – KPN

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk mendedahkan identiti individu yang disebut sebagai Mr H.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendedahan identiti individu yang dikaitkan dalam kes fitnah membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) hanya akan mengganggu siasatan yang dijalankan.

“PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memanggil semula Mr H pada hari ini (30 Disember) bagi tujuan sambungan rakaman percakapan.

“Setakat ini pihak polis sudah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan,” kata Razarudin.

Beliau menambah, selain lapan individu terbabit, pihaknya mengesahkan tiada individu lain yang akan dipanggil selepas ini.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, esok, selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button