Jenayah & Mahkamah

Wahab sahkan identiti Mr H kepada polis

KUALA LUMPUR – Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani hari ini mengesahkan individu yang memberi keterangan kepada polis baru-baru ini adalah Mr H.

Peguamnya, Faisal Rahman berkata, Abdul Wahab memberi keterangan kepada polis lebih tiga jam bermula pukul 11 pagi ini.

“Kita mengesahkan orang sama iaitu seorang pegawai di JKOM, pada saya ia sudah selesai, jadi kita serahkan kepada polis.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Abdul Wahab cuma perlu tampil memberi pengesahan identiti Mr. H,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman di sini.

Dalam pada itu ditanya mengenai keadaan kesihatan Wahab, katanya, kesihatan anak guamnya itu masih tidak stabil dan begantung kepada ubat.

Katanya, Abdul Wahab dijangka membuat laporan polis berhubung Mr. H pada petang ini, namun ditunda kemungkinan esok berikutan keadaan kesihatannya.

“Abdul Wahab juga memaklumkan tidak bersedia untuk bertemu wartawan namun kita memberi komitmen untuk menyelesaikan segera kes ini,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan melampau dan menerima rawatan.

Susulan itu, individu berkenaan terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan polis bagi memberi keterangan.

Show More

Related Articles

Back to top button