Berita Semasa

Tanah runtuh, laluan ke Janda Baik terputus

KUALA LUMPUR – Jalan menuju ke Janda Baik, Pahang terputus akibat tanah runtuh yang mengakibatkan pokok besar tumbang dan menghalang laluan.

Situasi itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

“Saya telah turun ke kawasan banjir di Bukit Tinggi dan bertemu dengan penduduk di sini untuk keadaan terkini. Walaupun air kelihatan surut, dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan, air daripada atas bukit masih lagi turun dengan laju.

“Saya juga bertemu dengan Ketua Polis Balai Bukit Tinggi, Balai Polis Genting, Balai Polis Bentong serta pasukan Bomba dan Penyelamat Bentong untuk melihat sendiri laluan di Janda Baik yang terputus dan tanah runtuh yang mengakibatkan pokok besar tumbang dan menghalang laluan,” tulisnya.

Dalam pada itu, beliau juga telah meminta kerjasama pihak Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk melawat segera kawasan yang terlibat supaya kerja-kerja baikpulih dapat dilakukan segera.

Pada masa sama beliai juga menasihatkan pengusaha chalet, rumah inap dan juga para pengunjung yang berkhemah di Janda Baik dan Bukit Tinggi diminta untuk sentiasa waspada dengan keadaan cuaca semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa jika terdapat keperluan untuk berpindah.

Show More

Related Articles

Back to top button