Berita SemasaPM X

PM arah kementerian laksana kempen kurangkan manisan gula

Malaysia rekodkan bilangan penghidap diabetes paling tinggi di Asia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan melaksanakan kempen kurangkan gula berikutan Malaysia kini merekodkan bilangan penghidap diabetes paling tinggi di Asia.

Kata Perdana Menteri, Malaysia sepatutnya menjadi negara sihat kerana Islam menekankan keperluan penjagaan kesihatan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Laporan menyatakan Malaysia paling tinggi mempunyai penghidap kencing manis atau diabetes di Asia dan perkara berkaitan kesihatan bukan lagi peranan sepenuhnya Kementerian Kesihatan.

“Saya juga mahu semua kementerian termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha supaya melaksanakan kempen kurangkan manisan gula.

“Kalau tidak saya akan rasa kesal, Malaysia negara yang terkenal Islam dan dakwah, tetapi paling ramai menghidap kencing manis,” katanya ketika merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD)@ Putrajaya di Anjung Floria, di sini hari ini.

Beliau turut meminta para usahawan untuk membantu memastikan penggunaan gula dalam produk mereka terutamanya dalam produk makanan, dikawal.

Show More

Related Articles

Back to top button