Politik

Kekal dengan prinsip ‘PKR untuk semua’ – Ketua AMK

PUTRAJAYA – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim memberi jaminan prinsip ‘PKR untuk semua’ dan ‘reformasi’ kekal menjadi teras hala tuju dan pembawaan baharu negara menerusi kerajaan madani di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa PKR semakin meminggirkan kaum bukan Melayu.

“Tidak ada kaum, bangsa, dan agama yang boleh ditinggalkan dalam usaha ini,” kata Adam ketika berucap menyampaikan ucapan dasar beliau pada Kongres Nasional Tahunan AMK di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Beliau berkata, semua pihak ‘ada tempat dalam PKR’ dengan menghormati antara satu sama lain, meskipun wujud perbezaan kaum, dan ideologi politik.

“Masing-masing menyumbang dengan cara dan keupayaan (masing-masing), saling mengangkat sesama kita,” katanya lagi.

Terdahulu beliau turut merujuk tulisan awal Anwar dalam himpunan eseinya, Renaissance Asia, yang menyentuh konsep ‘La Convivencia’, iaitu keadaan di mana rakyat dari pelbagai latar belakang hidup dalam harmoni yang sempurna.

Katanya, rakyat perlu bekerjasama dalam membina negara yang tersedia untuk dihuni oleh semua.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button