Berita Semasa

JKM kesan waris empat beradik ditinggalkan

TAIPING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak sedang mengesan ibu bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, dua hari lepas.

Menurut Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin, pegawai pelindung JKM juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

“Setakat ini usaha mengesan ibu bapanya sedang dijalankan termasuk ahli keluarga yang dipertanggungjawabkan menjaga kanak-kanak ini, kita akan buat siasatan lanjut secara mendalam,” kata Nor Tipah.

Beliau berkaya demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tinggi, di sini hari ini.

Tambahnya, JKM juga akan menyemak segala dokumen kerana pelbagai spekulasi tentang kes ini telah dibuat dan JKM tidak mahu mengambil langkah terburu-buru dalam membuat tindakan seterusnya.

Empat kanak-kanak itu katanya juga berada dalam keadaan selamat selain telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Terdahulu, media melaporkan empat beradik terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun ditemui ditinggalkan di kompleks berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button