MPT BERSATU tolak cadangan Muhyiddin tidak pertahan jawatan Presiden
KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak cadangan Tan Sri Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden parti itu seperti yang diumumkan hari ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Khas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang diadakan hari ini.
“Mesyuarat telah sebulat suara membuat ketetapan untuk menolak cadangan Tan
Sri Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti.
“MPT sebulat suara berpendirian bahawa kepimpinan Tan Sri Muhyiddin diperlukan oleh parti dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu Muhyiddin membuat kejutan apabila mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan parti tahun hadapan.
Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya pimpinan parti bermesyuarah untuk memilih calon terbaik menggantikannya.