Jenayah & Mahkamah

Keterangan Mr H telah diambil – Razarudin

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan seorang individu yang dikenali sebagai “Mr H” berkait dengan siasatan kes video perbualan mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berkenaan hadir sejak pagi tadi, memetik laporan Harian Metro.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan masa dan tempat “Mr H” dipanggil.

Selain itu, beliau juga meminta Penolong Pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani digesa tampil membantu siasatan dan membuat laporan polis berhubung kes itu.

Razarudin berkata demikian selepas ditemui pemberita di Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras, di sini hari ini.

Semalam media difahamkan individu berkenaan akan tampil untuk memberikan keterangan kepada polis.

Bagaimanapun polis memaklumkan bahawa individu berkenaan tidak dapat hadir atas masalah kesihatan.

Show More

Related Articles

Back to top button