Jenayah & Mahkamah

PDRM panggil pegawai kanan Maritim Malaysia beri keterangan esok

Dakwaan terbabit kes gangguan seksual

KUALA LUMPUR – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merekod keterangan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) susulan dakwaan beliau terlibat dalam kes gangguan seksual, esok.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebagai berkata, keterangan pegawai itu akan diambil oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Rakaman percakapan pegawai itu akan diambil pada esok (Khamis), pukul 2.30 petang,” katanya dalam laporan tersebut.

Sementara itu, Maritim Malaysia dalam satu kenyataan turut meminta kerjasama orang ramai menghentikan sebarang tindakan menular laporan polis berkenaan serta tidak membuat sebarang spekulasi atau tohmahan yang boleh menjejaskan proses keadilan bagi semua pihak yang terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan PDRM akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes gangguan seksual membabitkan seorang pegawai terbabit terhadap seorang wanita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Show More

Related Articles

Back to top button