Politik

Tiada masalah Dr. Sam jadi MB, Ahli Parlimen – Hadi Awang

KEMAMAN – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan tiada keperluan untuk Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana bertanding sebagai calon PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini.

Abdul Hadi berkata, pencalonan Ahmad Samsuri yang lebih dikenali sebagai Dr Sam itu tidak menyalahi undang-udang malah beliau sendiri pernah berada pada ‘situasi’ yang sama pada tahun 1999.

“Menteri Besar boleh bertanding sebagai calon di kerusi Parlimen dan pegang jawatan Ahli Parlimen.

“Saya sendiri pernah menjadi Menteri Besar dan Ahli Parlimen (Marang). Itu biasa, tidak salah dalam politik Malaysia,” katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Hadi berkata demikian selepas ditanya wartawan mengenai kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said yang mencabar Dr. Sam melepaskan jawatannya dan memberi fokus kepada Parlimen Kemaman.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, pada ketika ini terdapat dua menteri besar dan seorang ketua menteri yang juga memegang portfolio sebagai ahli Parlimen.

Mereka adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sementara itu, Dr Sam berkata, cabaran yang dibuat oleh Azalina itu sangat tidak berasas seolah-olah Ahli Parlimen Pengarang itu sedang mengalami tekanan atau fikiran berkecamuk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button