Berita Semasa

Saya bukan ‘Mr H’ yang disebut Agus – Ustaz Hakim Ramlee

KUALA LUMPUR – Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Muhamad Hakim Ramlee atau dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee menafikan beliau merupakan Mr. H.

Muhamad Hakim Ramlee berkata, dakwaan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin yang mengaitkannya sebagai individu tersebut sangat berniat jahat.

Bagaimanapun, beliau yang masih merupakan ahli PKR enggan menghuraikan secara lanjut mengenai dakwaan berkenaan.

“Saya tak boleh beri kenyataan lanjut kerana dituduh oleh Raja Petra. Saya pun tak tahu, saya rasa (Mr H) bukan saya kot, salah orang ini.

“Saya tak boleh beri pandangan lanjut mengenai perkara ini dan sudah dinasihatkan tidak berbuat demikian. Namun, saya nafikan (dakwaan Raja Petra). Apa kena mengena dengan saya pula?

“Tuduhan ini sangat random (rambang), saya pun tak tahu. Tiba-tiba (dikaitkan dengan Mr H), macam mana boleh naik saya sebagai Mr H?” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian hari ini.

Terdahulu, Mohammad Agus dan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani menerusi sidang media khas malam tadi mendakwa Mr. H merupakan dalang kepada rakaman video berunsur lucah yang tular di media sosial.

Susulan itu, Raja Petra melakukan hantaran sarkastik di aplikasi X bersama poster pelantikan Muhamad Hakim ke jawatan Pengarah Bahagian Latih dan dan Pendidikan J-KOM yang turut memuatkan logo PKR.

“Tahniah ‘Mr H’, penerbit movie ‘J-KOM sex in the office scandal’, best Malaysian movie Twin Towers award (skandal seks dalam pejabat J-KOM, filem terbaik Malaysia yang memenangi anugerah menara berkembar),” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button