Harimau Malaya pamer kebangkitan luar biasa tewaskan Kyrgyztan
KUALA LUMPUR – Pasukan Harimau Malaya membuat kebangkitan luar biasa untuk menang selepas ketinggalan dua jaringan dengan pasukan Kyrgyztan dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Bukit Jalil di sini.
Kemenangan skuad negara berjaya dijelmakan hasil jaringan penyerang Faisal Halim pada minit 90’+3 perlawanan.
Terdahulu Malaysia membuka jaringan awal melalui Dion Cools pada minit ketujuh perlawanan.
Bagaimanapun kealpaan barisan pertahanan menghadiahkan dua gol pantas kepada pasukan lawan.
Penyerang Kyrgyztan Kayrat Zhyrgalbek dan Ernist Batyrkanov masing-masing menjaringkan gol pada minit 42′ dan 44′ perlawanan.
Memasuki separuh masa kedua, Malaysia terus ketinggalan apabila Kai Merk 57′ meletakkan pasukan di ranking ke-91 dunia itu mendahului 3-1.
Namun begitu selepas beberapa pertukaran dilakukan, skuad negara kembali mengaum apabila pemain Kyrgyztan, Khristiyan Brauzman menjaringkan gol sendiri pada minit ke-72′.
Bagaikan mendapat semangat baharu, Cool terus menghadiahkan gol kedua untuknya dalam perlawanan ini apabila berjaya menanduk tepat ke jaring gol pada minit ke-77′.
Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan seri, Faisal yang menerima hantaran Arif Aiman berjaya menjaringkan gol dan sekaligus menghadiahkan 3 mata berharga buat negara.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune