Berita Semasa

Suami Ina Naim meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita sedih itu disahkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) dalam satu hantaran dalam laman rasmi Facebooknya sebentar tadi.

“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga.
Al fatihah,” katanya.

Minggu lalu tular mengenai berita suami kepada Ina Naim itu kritikal dan dirawat di sebuah hospital di Johor.

Ina mengesahkan suaminya itu dijangkiti kuman di paru-paru dan terpaksa ditidurkan.

Show More

Related Articles

Back to top button