Jenayah & Mahkamah

Guru lakukan amang seksual terhadap murid ditahan polis

KUCHING – Polis menahan seorang guru lelaki kerana disyaki melakukan amang seksual ke atas dua pelajar lelaki di sebuah sekolah di daerah Padawan, di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan susulan laporan yang diterima daripada penjaga kedua-dua mangsa pada 12 November lalu, yang mendakwa mereka dicabul oleh suspek.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, ketika kedua-dua mangsa demam, suspek yang juga warden asrama pelajar lelaki di sekolah tersebut dipercayai membawa mereka ke kuartersnya.

“Semasa di kuarters suspek, mangsa telah disentuh secara seksual semasa dimandikan dan semasa sedang berehat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Mancha menambah suspek telah direman selama dua hari selepas ditahan semalam untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKTA 792) kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara 20 tahun dan disebat.

Show More

Related Articles

Back to top button