Berita Semasa

Belanjawan 2024: Kerajaan Negeri Selangor peruntuk insentif khas bagi kakitangan awam

SHAH ALAM – Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) 2023 sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, BKK tersebut akan dibayar pada 28 Disember nanti dan jumlah sama juga akan diberikan sekali lagi pada Februari tahun hadapan sebagai persediaan untuk meringankan beban penjawat awam membuat persiapan sesi persekolahan 2024.

Menurut Amirudin, insentif tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang sudah pun dimulakan menerusi BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, Mei lalu.

“Bagi BKK kali Kedua, insentif 1 bulan gaji minimum RM1,000.00 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Disember 2023.

“Bantuan Khas Kewangan kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024.

“Pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) dan syarat yang paling penting, kena tunggu di dalam Dewan ini sehingga Belanjawan selesai dibentangkan dan disokong,” katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2024, di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button