Politik

Syed Saddiq umum letak jawatan Presiden MUDA, kekalkan jawatan Ahli Parlimen Muar

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden MUDA susulan hukuman bersalah yang dikenakan terhadapnya oleh mahkamah hari ini.

Bagaimanapun Syed Saddiq masih mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Muar.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi membersihkan namanya di mahkamah.

“Sehubungan itu jawatan Presiden MUDA akan dipangku oleh Timbalan Presiden parti, Amira Aisya Abd Aziz,” katanya dalam sidang media hari ini.

Syed Saddiq menegaskan, susulan pengumuman itu beliau hanya akan menjadi ahli biasa dalam parti dan tidak membuat keputusan lain.

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU, pagi tadi.

Syed Saddiq berkata, beliau dan barisan peguam akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, pada petang ini.

Show More

Related Articles

Back to top button