Luar Negara

Aktivis sekat laluan masuk ke fasiliti Boeing

Fasiliti itu menghasilkan bom dan peluru berpandu yang membedil Tebing Gaza

JEFFERSON CITY – Lebih 75 aktivis menghalang laluan setiap pintu masuk ke Bangunan 598 di fasiliti Boeing di Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa kerana dijadikan kilang menghasilkan bom dan peluru untuk membedil Tebing Gaza.

Kemudahan Boeing itu bertanggungjawab membekalkan hampir 1,000 bom termasuk Bom Diameter Kecil (SDM) dan kit Joint Direct Attack Munition (JDAM) kepada rejim zionis.

Jurucakap kumpulan antiperang Dissenters, Ellie Tang berkata, protes di kemudahan Boeing itu bagi mendesak kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdaya di Gaza dihentikan segera.

“Pertama, kami menggesa Kongres dan Joe Biden (Presiden AS) mendengar seruan jutaan orang tinggal di negara ini untuk gencatan senjata.

“Kedua, kami mendesak penjualan senjata kepada Israel dihentikan,” katanya lagi.

Dalam laporan Bloomberg pada 10 Oktober lalu, Boeing mempercepatkan penghantaran 1,000 peluru berpandu tepat ke Israel ketika negara haram itu meningkatkan serangan ke atas Gaza.

Show More

Related Articles

Back to top button