Berita SemasaPM X

PM beri amaran keras tindakan mengaitkannya dengan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dirinya mempunyai hubungan dengan Israel.

Anwar berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada lagi pihak yang cuba mengaitkan beliau dengan Israel.

Beliau berkata demikian berhubung laporan Harakah bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin?’ yang disifatkan sebagai satu tuduhan jahat.

Pada laporan itu, Harakah menggunakan gambar Anwar berlatar belakangnya bendera Israel untuk menunjukkan naratif buruk terhadapnya.

“Itu satu kenyataan yang biadap, yang melanggar tatasusila. Fitnah yang guna serban. Tidak sah dan saya bantah secara kerasnya.

“Ini yang saya sebut membina mahligai di atas pusara orang mati sedangkan kita kerja setiap hari membawa isu ini ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 dengan meminta Perdana Menteri menarik semula perkataan biadab dan kurang ajar yang ditujukan kepada Dewan Ulama Pas.

Anwar juga Ahli Parlimen Tambun, berkata dalam hal berkaitan Palestin, pihaknya tidak pernah menyinggung Pas berikutan mengetahui pendirian parti itu yang sangat konsisten sejak dulu dalam menyokong rakyat negara berkenaan.

“Saya setuju dalam hal ini, saya tidak pernah menyinggung Pas kerana saya tahu pendirian Pas, sangat konsisten dalam Palestin… tidak mahu berbalah dalam soal ini kerana derita ditanggung mereka (Palestin) tidak pernah berlaku separah ini dalam sejarah.

Show More

Related Articles

Back to top button