
Minggu Solidariti Palestin KPM berjaya kutip dana RM9.2 juta
PUTRAJAYA – Sumbangan berjumlah RM9.2 juta berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) seluruh negara bermula 29 Okt hingga 3 Nov lepas.
KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Minggu Solidariti Palestin diadakan bertujuan mendidik murid dan warga KPM mengenai nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan.
Kenyataan itu memberitahu, cek cura Dana Kemanusiaan Palestin itu telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi pada Himpunan Solidariti Keamanan Sejagat yang merupakan aktiviti kemuncak dan penutup Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Sultan Alam Shah di sini pada Jumaat.
Acara penutup tersebut turut melibatkan 800 murid daripada institusi pendidikan KPM dan lebih 200 pegawai KPM bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin serta menyokong nilai keamanan sejagat.
Antara pengisian utama acara berkenaan termasuk deklamasi sajak, persembahan lakonan dan nyanyian serta pidato kemanusiaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |