Luar Negara

70 dikhuatiri maut dalam gempa bumi di Nepal

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 70 orang maut manakala berpuluh lagi cedera dalam gempa bumi kuat melanda bahagian Barat negara ini pukul 11.47 waktu tempatan.

Gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter yang dikesan pada kedalaman 18 kilometer berdasarkan kajian Geologi Amerika Syarikat itu boleh dirasai sehingga ke Uttar Pradesh dan Utara Delhi.

Pihak berkuasa Jajarkot, Harish Chandra Sharma berkata, gempa yang berpusat di Rukum Barat, Jajarkot, kira-kira 500 kilometer dari Kathmandu itu mengorbankan lebih 30 nyawa.

“Operasi mencari dan menyelamatkan mangsa kini berdepan dengan laluan utama yang terhalang oleh tanah runtuh.

“Banyak kediaman musnah dan mengalami kerosakan. Penduduk yang terselamat pula dilihat berkumpul di luar bangunan,” katanya.

Gempa bumi kuat melanda Nepal pada 2015 mengorbankan 9,000 nyawa dengan lebih 20,000 cedera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button