Jenayah & Mahkamah

Usahawan tudung, suami direman tujuh hari

Kes wanita ditemukan maut dalam longkang

MARANG – Seorang usahawan tudung dan pakaian bersama suaminya direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan pembunuhan seorang wanita warga emas di Batu 23, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli di Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 37 dan 35 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada kira-kira pukul 10 pagi.

Mereka disiasat mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suami usahawan tudung dan pakaian itu yang merupakan seorang mekanik turut ditahan bagi membantu siasatan kerana kereta Honda Jazz yang disyaki digunakan dalam kejadian langgar lari mangsa merupakan miliknya.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi semalam, seorang wanita disyaki melanggar dan menikam mati mangsa yang merupakan rakan kongsinya.

Mayat mangsa yang merupakan pesara kerajaan ditemukan dalam longkang berhampiran Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu pada pukul 3 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan awal mendapati insiden bermotifkan rasa tidak puas hati suspek wanita berhubung agihan keuntungan perniagaaan.

Show More

Related Articles

Back to top button