Luar Negara

‘Kerahkan tentera paling ganas untuk musnahkan Gaza’ – bekas menteri Israel

KUALA LUMPUR – Tanpa berselindung, bekas Menteri Komunikasi negara haram Israel, Galit Distel Atbaryan menggesa regim Zionis menghancurkan seluruh bumi Gaza dan penduduknya.

Dalam kenyataan berbaur penuh kebencian di Facebooknya itu, Atbaryan turut menyifatkan rakyat Palestin sebagai Nazi dan layak dibunuh tanpa belas kasihan.

“Hapuskan Gaza dari muka bumi ini. Mereka perlu dihapuskan dan Nazi di Tebing Barat juga perlu dihapuskan. Misi ini memerlukan tentera Israel yang penuh dengan dendam dan ganas,” katanya.

Kenyataan biadab Atbaryan itu dibuat dalam hantaran bersama rakaman serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

Atbaryan meletak jawatan sebagai menteri pada 12 Oktober lalu selepas pejabatnya ditutup berikutan penyusunan semula sumber kerajaan berikutan perang ke atas Gaza.

Bekas pengulas media berhaluan kanan itu sebelum ini telah banyak mengeluarkan kenyataan menghasut dan kontroversi.

Serangan Israel ke atas Gaza yang memasuki minggu keempat turut menyaksikan Menteri Pertahanan Yoav Gallant menggelar rakyat palestin sebagai haiwan.

Pengulas politik terkemuka Eliyahu Yossian pula baru-baru ini berkata: “Anda perlu memasuki Gaza pada kemuncak keganasan, dengan tujuan membalas dendam, moral sifar, mayat maksimum.”

Sementara itu, Moshe Feiglin, bekas ahli Parlimen sayap kanan memberitahu, Al Jazeera satu-satunya penyelesaian adalah ‘kemusnahan sepenuhnya Gaza seperti di Dresden dan Hiroshima, tanpa senjata nuklear’

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button