Luar Negara

Ratusan dikhuatiri terbunuh, Jabaliya dibom

KHAN YOUNIS – Ratusan rakyat Gaza yang berlindung di Jabaliya, utara Gaza dikhuatiri terbunuh setelah beberapa buah bangunan di kawasan tersebut dibom tentera rejim Zionis, sebentar tadi.

Menurut Pengarah Pertahanan Awam Gaza, Ahmed al-Kahlout, ketika kejadian, kawasan tersebut mengandungi “ratusan orang awam yang sedang berlindung”.

“Tentera penjajah memusnahkan kawasan ini dengan menjatuhkan enam butir bom.

“Ini adalah satu pembunuhan beramai-ramai oleh rejim zionis terhadap penduduk Gaza,” kata Ahmed kepada pihak media, lapor agensi al-Jazeera.

Setakat ini angka kematian masih belum dipastikan kerana kawasan tersebut mengalami kemusnahan yang teruk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button