Luar Negara

3,257 kanak-kanak Palestin terbunuh sejak 7 Okt

Lepasi angka tahunan kematian kanak-kanak dalam zon konflik di seluruh dunia sejak 2019

RAMALLAH – Jumlah kanak-kanak yang dilaporkan terbunuh di Tebing Gaza dalam tempoh tiga minggu lalu melepasi angka tahunan kanak-kanak yang maut dalam zon konflik di seluruh dunia sejak 2019.

Badan amal, Save the Children dalam satu kenyataan berkata, sejak 7 Okt, lebih 3,257 kanak-kanak Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk sekurang-kurangnya 3,195 di Gaza manakala 33 lagi di Tebing Barat.

Selain itu, sekurang-kurangnya 6,360 kanak-kanak di Gaza cedera manakala sekurang-kurangnya 180 lagi di Tebing Barat.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 2,985 kanak-kanak terbunuh di 24 negara pada 2022, diikuti 2,515 pada 2021 manakala 2,674 lagi pada 2020 di 22 negara.

Pada 2019 seramai 4,019 kanak-kanak dilaporkan maut.

Pertubuhan bukan kerajaan itu turut berkata, kanak-kanak membentuk lebih 40 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Gaza manakala 1,000 lagi kanak-kanak dilaporkan hilang.

Angka kanak-kanak yang hilang itu dipercayai lebih tinggi kerana kebanyakan mangsa dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah dibom rejim zionis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button