Jenayah & Mahkamah

Mahkamah Tinggi benarkan Bersatu cabar tindakan SPRM bekukan akaun

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi membenarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa akaun bank milik parti itu.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan rayuan Bersatu untuk memulakan prosiding mahkamah atas alasan permohonan tersebut tidak remeh.

Mahkamah juga telah menetapkan tindakan tersebut untuk pengurusan kes pada 28 November.

Pada April, SPRM memberitahu pihaknya menyita dua akaun Bersatu di bawah Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (AMLA).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button