PM X

PM lancar buku ‘Anwar Triumphs’

KUALA LUMPURBuku bertajuk ‘Anwar Triumphs’ yang berkisarkan mengenai reformasi diperjuangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilancarkan secara rasmi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad.

Anwar Ibrahim yang hadir bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyempurnakan pelancaran buku tersebut.

Buku tulisan peguam jenayah dan penulis dari Australia, Mark Trowell KC itu berkisarkan perjalanan Anwar dalam perjuangan beliau, yang turut menggambarkan betapa rumitnya politik Malaysia

Karya itu juga menceritakan kejatuhan dramatik gabungan Pakatan Harapan (PH) dan gejolak politik selepas tindakan yang diambil pihak tertentu untuk mengukuhkan kuasa.

Buku setebal 195 halaman itu turut mengandungi sejarah yang berlaku kepada Anwar dalam meniti perjalanan politiknya yang penuh warna-warni.

Menurut Trowell, tajuk ‘Anwar Triumph’ tidak hanya menggambarkan Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi juga untuk menghargai gerakan reformasi, yang telah diperjuangkan oleh Presiden PKR itu selama bertahun-tahun.

Tambahnya, buku itu juga menceritakan perjalanan luar biasa Anwar yang disulami dengan kemenangan, pengkhianatan politik, dan inisiatif berani untuk memperkukuhkan negara.

Dalam majlis yang sama, kartunis terkenal negara, Zulkiflee Anwar Haque, atau lebih dikenali sebagai Zunar turut mempersembahan video bertajuk ‘The Works of Zunar: Anwar Triumphs’.

Pada 24 November tahun lalu, Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button