
Nafas Function Hall tawar rebat sehingga RM2000
PETALING JAYA – Koperasi Warga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Selangor Berhad menawarkan rebat sebanyak RM2,000 sempena pembukaan NAFAS Function Hall di Taman Sains Selangor di sini, semalam.
Menurut Pengurus Koperasi Warga NAFAS Selangor Berhad, Mohamad Sarif Safian, dewan yang mampu memuatkan hingga 1,200 orang pada satu-satu masa itu mampu menjadi lokasi bagi pelbagai acara dan majlis termasuk majlis perkahwinan, korporat, graduasi, latihan, seminar dan majlis sambutan hari lahir.
Katanya, pakej yang disediakan termasuk pelbagai perkhidmatan bagi penganjuran majlis seperti perancang perkahwinan, pengurusan acara, katering, PA sistem, jurugambar, kru pengurusan trafik dan khidmat nasihat percuma.
Mohamad Sarif berkata, promosi tersebut adalah bagi majlis yang diadakan sebelum 1 Januari 2024.
“Pakej A berharga RM18,800 untuk 300 pek, Pakej B RM21,800 untuk 500 pek dan Pakej C RM26,800 untuk 1,000 pek termasuk disediakan pelamin, busana pengantin, solekan, katering, kek tiga tingkat, jurukamera, juruacara, kompang dan pertunjukan silat,” katanya kepada pemberita pada pembukaan NAFAS Function Hall semalam.
Tambah Sarif, NAFAS Function Hall juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mesra orang kurang upaya (OKU) dan warga emas seperti surau dan tempat letak kenderaan.
Mengulas lanjut, Sarif berkata, pembukaan dewan tersebut adalah antara pendekatan yang diambil NAFAS bagi meluaskan perniagaannya dalam bidang penganjuran majlis.
Katanya, perniagaan penganjuran majlis merupakan pelaburan terbesar bagi Koperasi Warga NAFAS yang mempunyai 404 ahli di seluruh negara terdiri daripada warga kerja NAFAS dan subsidiarinya.
Sebelum ini Koperasi Warga NAFAS terlibat dalam perniagaan insurans dan takaful, perkhidmatan pembersihan, chalet dan penganjuran program rekreasi.
Maklumat lanjut mengenai dewan yang dibuka hari ini boleh diperolehi di akaun Facebook NAFAS Function Hall.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |